Monday, November 1, 2010

Sambutan Hari Koperasi 2009
















Apakah Blog?

Blog adalah sebuah laman web yang mudah digunakan (easy-to-use web site) di mana anda boleh memaparkan pendapat anda, mencatatkan peristiwa dan pengalaman anda, berinteraksi dengan orang lain, berkongsi gambar foto dan banyak lagi.

Anda boleh menulis apa saja pada blog bergantung kepada minat dan keperluan anda. Kalau anda seorang peminat kereta anda akan menulis apa saja yang anda suka tentang kereta seperti kelebihan dan kemampuan prestasi sesebuah jenama kereta yang mungkin menjadi kereta idaman anda, bercerita tentang modifikasi kereta atau model-model terbaru kereta di pasaran. Bagi anda yang meminati handphone, anda boleh bercerita tentang ciri-ciri kebolehan telefon mudah alih yang terkini seperti teknologi bluetooth, Wi-Fi, MMS, 3G dan sebagainya serta menyimpan gambar koleksi model-model handset kegilaan anda. Bukan itu saja, malah anda yang kaki pancing pun boleh menggunakan blog untuk menceritakan tentang hobi anda itu untuk berkongsi pengalaman dengan kaki-kaki pancing yang lain.
Blog juga boleh bertindak sebagai Journal Elektronik atau eJournal. Dalam laman web www.blogger.com menyatakan "Blog is short for Web log, which can be anything from a news site to an online journal. Blogs allow you to instantly publish your thoughts and ideas from anywhere. People all over the world have blogs. It's a fun and easy way to keep in touch with your friends, post links to interesting webpages, or just record your thoughts."

Apa-apa pun untuk lebih faham lagi anda wajar biasakan diri anda dengan teknologi aplikasi ini. Lama kelamaan Insya Allah anda akan lebih banyak tahu, banyak pengalaman dan akan lebih mendalam lagi pemahaman anda.

Thursday, September 23, 2010

Surat Cinta dari Iblis


   Hai manusia yang tersayang,
   Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Qur'an. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa.
   Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali ! Engkau telah membuktikan bahwa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.
   Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu.
   Aku lihat engkau tak pernah membaca Bismilla sewaktu akan makan. Ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sedawa kuat-kuat seperti lembu.
   Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melimpah-ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.
   Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan "Hi Everybody!" Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahwa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antara-bangsa.
   Engkau telah membuktikan bahwa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama .... kita berpegang-tangan ... menuju Neraka Jahannam.
   
Sahabatmu Yang Tercinta.
   Iblis